Pada zaman kecanggihan teknologi ini, ratanya orang mempunyai gajet-gajet tersendiri termasuklah telefon pintar dan juga computer riba . Dengan adanya teknologi-teknologi canggih sebegini segala urusan dengan mudahnya dapat diselesaikan. Berjuta maklumat dapat di akses dengan hujung jari sahaja. Pada dahulunya orang tertentu sahaja dapat menggunakan terknologi- teknologi yang canggih seperti ini. Tapi sekarang perubahan ketara telah berlaku, penggunaan teknologi canggih ini adalah tidak terbatas kepada sesiapa sahaja. Dengan penggunaannya yang meluas, telefon pintar dan komputer riba sudah tidak asingnya bagi semua orang tanpa mengira peringkat umur. Di Malayia sahaja, pada puratanya hampir semua individu mempunyai gajet sendiri. Kemudahan ini membolehkan kita lebih mudah untuk berinteraksi antara individu tidak kira dimana sahaja.
Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran yang maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Telefon bimbit juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi. Telefon pintar kebiasaannya membolehkan pengguna untuk melayari internet, mengambil gambar, membuat panggilan dan banyak lagi. Pelantar telefon seperti Android dan ios merupakan perisian yang menerajui sistem operasi yang utama.
Komputer riba atau komputer peribadi adalah untuk penggunaan secara bimbit. Komputer riba adalah modifikasi daripada komputer desktop, termasuk paparan, papan kekunci, peranti petunjuk dan juga pembesar suara dijadikan sebagai satu unit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Komputer riba mudah dialih, kerana saiznya lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan paparanya lebih besar. Dengan teknologi yang semakin berpesat, penggunaan komputer riba lebih meluas untuk pelbagai tujuan.
Dalam laporan ini kami membuat perbandingan antara telefon pintar dan komputer riba antara ahli kumpulan yang ada. Bagi telefon pintar kami membandingkan antara empat jenis jenama dan model yang berbeza, antaranya termasuklah Sony Xperia XA F3116, LG Nexus 5X, Vivo V3 dan Apple iPhone 5s. Bagi computer riba pula kami membuat perbandingan antara Asus A556U, Lenovo G40, Lenovo Ideapad 100 dan juga Acer Aspire E5 511G.